PENYANYI rap Kanye West tidak membenarkan kekasihnya Kim
Kardashian menjalani pembedahan sedut lemak yang dikenali sebagai 'Tummy
Tuck' selepas proses bersalin nanti
.Menurut laporan portal The Sun, ini kerana Kanye masih lagi
trauma dengan kematian ibunya, Donda, pada tahun 2007 yang juga
menjalani pembedahan plastik pada ketika itu.
"Kim ingin kembali langsing seperti dahulu dan ingin menjalani
pembedahan 'Tummy Tuck'. Namun Kanye pula melarang Kim berbuat demikian
kerana masih lagi trauma dengan kematian ibunya.
"Malah Kanye siap berkata kepada kekasihnya bahawa dia tidak kisah
dengan perubahan tubuh badan Kim walaupun semakin membesar selepas
bersalin nanti," kata sumber.
'Tummy Tuck' merupakan sebuah pembedahan yang membentuk perut menjadi
lebih langsing. Selama ini Kim sering tidak senang dengan bentuk
tubuhnya sepanjang kehamilannya.
Sumber
No comments:
Post a Comment