PELAWAK British iaitu Russell Brand mendedahkan perkahwinan
singkatnya dengan penyanyi popular Katy Perry telah ditakdirkan untuk
musnah sejak hari pertama lagi apabila mereka berdua memanjat belakang
gajah untuk melafazkan pernikahan.
Dalam satu rakaman temu bual dengan sebuah stesen radio XFM, Russell
dalam nada berjenaka berkata yang perkahwinannya pun bermula atas dasar
yang tidak kukuh dan goyah iaitu di atas badan gajah.
“Tetapi saya telah cuba yang terbaik untuk menyelamatkan rumah tangga kami.
“Perkahwinan kami itu telah goyang dari hari pertama kami melafazkan
ikatan perkahwinan iaitu sebelum saya sempat turun dari belakang badan
gajah yang menjadi pentas kami mengikat tali perkahwinan.
“Ia adalah suatu ikatan yang tidak menyeronokkan... Biar saya
beritahu sesuatu tentang perkahwinan... Perkahwinan adalah satu ikatan
antara dua insan yang boleh bertahan selama 14 bulan.
“Ia adalah ikatan janji suci selama 14 bulan iaitu bermula dari atas
badan gajah dan berakhir di dalam surat khabar," jelasnya dalam nada
sinis yang jelas sekali merujuk kepada usia perkahwinannya yang hanya
bertahan selama 14 bulan.
Apabila semua orang ketawa mendengar dia berkata begitu, Russell
mencelah: "Jangan ketawa...saya dah cuba yang terbaik. Macam mana kamu
semua tahu dengan tepat berapa lama perkahwinan saya bertahan? Kamu
semua buat kiraan masa eh!"
Pelawak itu yang berpisah dengan Katy pada Januari 2012 bagaimanapun
masih sempat berjenaka dengan berkata; "Kita harap Katy tidak mendengar
siaran ini lebih-lebih lagi hubungan dia dengan kekasih barunya John
Mayer kini juga telah retak
No comments:
Post a Comment