Top Blogs

Friday, March 8, 2013

Home » » Gunung Brapi Tangkuban Prahu dipantau saintis

Gunung Brapi Tangkuban Prahu dipantau saintis

JAKARTA - 
Beberapa saintis Indonesia menyatakan mereka memantau dengan teliti sebuah gunung berapi aktif di Pulau Jawa
dan menggesa penduduk kampung dan pelancong tidak menghampiri kawasan itu.
Seorang pakar gunung berapi Indonesia, Hendra Gunawan semalam berkata, Gunung Tangkuban Perahu di wilayah Jawa Barat itu memuntahkan debu dan asap hampir 500 meter ke langit sejak Isnin lalu.
Amaran tentang gunung itu kini berada pada tahap kedua tertinggi.
Bagaimanapun, gunung berapi itu tidak mengeluarkan lahar dan tidak memberi ancaman ke atas kampung serta pekan berhampiran.
Namun, pihak berkuasa menasihatkan para pelancong agar berada 1.5 kilometer dari kawah kerana khuatir gunung berapi tersebut mengeluarkan gas yang beracun.
Gunung Tangkuban Perahu yang memiliki ketinggian 2,084 meter merupakan antara lokasi tarikan pelancong terkenal di Pulau Jawa.

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...