Top Blogs

Thursday, March 7, 2013

Home » » Geng curi kereta mewah tumpas

Geng curi kereta mewah tumpas

 PETALING JAYA - 
Enam lelaki berusia antara 28 hingga 37 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan sekurang-kurangnya sembilan kes curi kenderaan mewah
di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, suspek merupakan anggota kumpulan yang aktif menyamun kereta di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor selain dipercayai turut melakukan jenayah itu di Negeri Sembilan dan Perak.
Katanya, dua daripada suspek ditahan bersama sebuah kereta Honda Civic yang dilaporkan hilang di Sri Damansara pada 11 Februari lalu hasil serbuan oleh polis di Manjalara, Kepong pada 17 Februari lalu.
"Ia membawa kepada penahanan seorang lagi anggota kumpulan sama di Selayang bersama dua buah kereta Audi yang masing-masing dilaporkan hilang di Kelana Jaya dan Sri Damansara.
"Pada 4 Mac lalu, pihak polis berjaya menahan tiga lagi anggota kumpulan itu di Desa Jaya, Kepong bersama peralatan pecah rumah, kunci kereta, geran kenderaan, komputer riba dan telefon bimbit,

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...