Top Blogs

Wednesday, March 13, 2013

Home » » Casper Smart Mahu Kluar Dari Rumah Jennifer Lopez

Casper Smart Mahu Kluar Dari Rumah Jennifer Lopez

KEKASIH kepada penyanyi dan pelakon Jennifer Lopez iaitu Casper Smart berhasrat untuk berpindah keluar daripada rumah teman wanitanya untuk hidup berdikari.
Showbizspy.com melaporkan, Casper, 25, mengambil keputusan itu kerana tidak mahu Jennifer bosan kerana mereka banyak menghabiskan masa bersama.
"Casper menghabiskan masa bersama dengan Jennifer dan anak-anaknya terlalu kerap dan dia mahu tinggal di rumah sendiri kerana bimbang hubungan itu akan menghadapi masalah," jelas sumber rapat pasangan itu.
Penari kepada Jennifer itu juga terdesak untuk mengahwini teman wanitanya itu yang pernah bercerai sebanyak tiga kali.
Malah Casper ingin melamar Jennifer dengan mencacah tatu sebagai simbolik hubungan mereka berbanding membelikan cincin seperti kebiasaan.
"Jennifer ketawa besar apabila Casper meluahkan idea itu kepadanya," katanya lagi.
Penyanyi lagu Love Don't Cost A Thing itu pula dilaporkan tidak bersedia untuk kembali berumah tangga walaupun mengakui bahagia di samping Casper.
Jennifer yang mula bercinta dengan Casper selepas berpisah dengan suami ketiganya, penyanyi Latin, Marc Anthony dan mempunyai sepasang cahaya mata kembar, Max dan Emme, yang berusia empat tahun.
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...