Top Blogs

Tuesday, February 26, 2013

Home » Skolah kambing’

Skolah kambing’

 Sebaik 300 kambing dilepaskan dari kandang, tepukan gemuruh daripada sekumpulan pelawat jelas kedengaran.

Biarpun kawanan haiwan itu biasa dilihat, namun pemandangan menarik itu cukup mengujakan pelawat kerana situasi ia tampak berbeza.
Ada di kalangan pelawat begitu asyik memetik kamera merakamkan aksi haiwan itu dan ada yang mengambil peluang menyentuhnya.

Menggunakan khidmat juru pandu, pusat itu tidak ubah sebagai ‘sekolah kambing’ yang menye­diakan medium pe­ngajaran dan pembelajaran (P&P) kepada pelawat bagi mendekati dan mengenali haiwan itu secara dekat.
FotoPERKHIDMATAN bas disediakan dalam pakej jelajah ladang.

Tidak hairanlah, Kementerian Pelajaran Singa­pura mengiktiraf ladang itu sebagai pusat pembelajaran sehenti kerana me­nyediakan ruang pendidikan tidak formal kepada pelajar.

Inilah pengalaman menarik di UK Farm Agro Resort, Kluang, Johor.

Berkonsepkan pelanco­ngan agro, UK Farm yang dibangunkan menerusi Projek Pertanian Moden Kluang, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sekitar 2010 memberi nilai tambah kepada pendapatan penternak.

Jika dulu, fokus hanya diberi kepada pengeluaran daging dan tenusu, kini dengan produk hiliran, pendapatan lebih lumayan.

Buktinya, ladang yang menempatkan kira-kira 6,000 kambing itu menerima lebih 5,000 pelawat sebulan, kebanyakan dari Singapura.

Antara pakej disediakan ladang itu yang terletak di Jalan Batu Pahat, Kluang itu ialah lawatan ke kilang pemprosesan makanan kambing dan kandang kambing.

Pengunjung berpeluang me­nyaksikan pusat pemprosesan susu kambing, melawat ladang herba, burung unta, perkampungan Orang Asli suku kaum Jakun, ladang buah-buahan dan ladang sayuran serta cendawan



.
Sumber

1 comment:

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...