SELEPAS pelbagai kontroversi mengenai kisah hubungan dingin bersama bapa
kandungnya tersebar, penyanyi remaja, Najwa Latif akui kini masalah itu
telah pun selesai.
Tidak pernah melatah dengan dugaan yang menimpa dirinya, Najwa
memberitahu apa yang berlaku sebelum ini dianggap sebagai satu dugaan
hidup buat dirinya.
"Saya bersyukur, perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan
hubungan kami sekeluarga kini sudah pulih. Semua yang berlaku mungkin
ada hikmahnya.
"Walau ianya kisah peribadi saya, namun saya gembira kerana masyarakat
dapat memahami situasi saya dan kerana itu ia tidak menjejaskan karier
saya," jelasnya yang kini dikatakan semakin banyak menerima tawaran
nyanyian.
Sumber








No comments:
Post a Comment