Top Blogs

Sunday, February 24, 2013

Home » » Empat kaki pancing hilang

Empat kaki pancing hilang


KUANTAN -
 Empat kaki pancing yang dipercayai  keluar memancing di kawasan perairan Pahang sejak lima hari lalu dikhuatiri hilang selepas mereka tidak pulang sehingga jam 5 petang
Usaha rakan-rakan menjejaki mereka juga menemui jalan buntu selepas telefon bimbit keempat lelaki itu gagal dihubungi.

Baheruzaman Yusof, 40, bersama rakannya, Ayzzat Rahmat Yaakop, 40, Rahmat Chik, 51 dan seorang lagi lelaki hanya dikenali sebagai ‘Karim’ (umur masih belum diketahui) keluar memancing kira-kira jam 5 petang, Rabu lalu.

Mereka turun dari Jeti Kelab Memancing Cenderawasih, Sungai Kuantan di  Perkampungan Cenderawasih dengan menaiki bot fiber sepanjang 6.5 meter dipercayai ke kawasan uncang dalam kawasan perairan daerah ini.

Seorang rakan, Engku Yushanizam Engku Ngah, 36, berkata, mereka khuatir nasib keempat kaki pancing itu memandangkan keadaan laut dikatakan bergelora sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, mereka sepatutnya pulang petang Khamis, 21 Februari lalu, namun gagal berbuat demikian hingga jam 5 petang semalam.

“Saya difahamkan mereka hanya membawa bekalan makanan dan minyak hanya untuk tempoh sehari atau dua hari, jadi agak mustahil mereka mampu bertahan hingga ke hari ini.

“Kami cuba menghubungi mereka sejak tiga hari lalu, namun gagal lalu membuat laporan polis kira-kira jam 8 malam tadi (kelmarin) kerana bimbangkan keselamatan mereka,” katanya ketika ditemui bersama beberapa rakan lain di Jeti Kelab Memancing Cenderawasih, dekat sini, semalam.

Seorang lagi rakan, Zamri Abdul Razak, 33, berkata, ahli keluarga juga tidak mendapat sebarang berita mengenai nasib keempat mangsa dan difahamkan mereka turut membuat laporan polis berhubung kehilangan itu.

“Kereta dan treler menarik bot mereka (mangsa) masih ada di sini,” katanya.

Zamri berkata, sebelum ini dia bercadang untuk keluar mencari, namun terpaksa membatalkan hasrat memandangkan keadaan laut dilaporkan bergelora, selain tidak pasti kedudukan rakan mereka yang hilang itu
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...