Top Blogs

Friday, November 16, 2012

Home » , » Gaza lancar serang balas

Gaza lancar serang balas

image

SEMENANJUNG GAZA

- Pejuang Hamas, semalam, melancarkan serangan balas di bandar Kiryat Malahi, susulan daripada insiden yang mengorbankan komander kanan tenteranya, Ahmed Al-Jaabari, kelmarin…

"Serangan itu meragut tiga nyawa manakala empat individu lain parah selepas rumah mereka terkena bedilan roket yang dilancarkan di bandar selatan Israel," kata jurucakap Hamas, Luba Samri.
Menurut pegawai kesihatan, serangan balas itu dilancarkan semasa bumi Gaza masih dihujani bedilan roket.
Insiden itu menyebabkan 11 penduduk terbunuh, selain lebih 100 orang awam parah.
Sementara itu, pihak berkuasa Israel mendakwa lebih 200 roket dan bom mortar dilancar Hamas  pada hari sama.
Tambahnya, rejim berjaya menembak jatuh 27 roket yang lain.
Dua hari lalu, Al-Jaabari bersama anak lelakinya terbunuh selepas kereta dinaiki mereka terkena serangan roket Israel.
Palestin menyifatkan serangan itu sebagai jenayah kejam dan menggesa satu perbicaraan diadakan bagi menghukum dalang bertanggungjawab.
"Penduduk Palestin berhak membalas serangan yang telah memusnahkan kawasan mereka selain mengorbankan nyawa yang tidak berdosa," kata jurucakap Hamas Tahr Anunu

Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...