Top Blogs

Thursday, August 30, 2012

Home » » KDN minta laporan terperinci

KDN minta laporan terperinci

 
KUALA LUMPUR -
 Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius trauma yang dihadapi para peniaga di Kawasan Perindustrian Taman City, Segambut di sini ekoran ancaman penjenayah dan mengarahkan polis serta pihak berkuasa tempatan (PBT) memberikan laporan terperinci mengenai masalah sebenar yang berlaku di kawasan itu....

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abd. Rahim Mohd. Radzi (gambar kecil) berkata, pihaknya akan meneliti kes tersebut secara terperinci memandangkan ia boleh memberi imej negatif terhadap tahap keselamatan di Kuala Lumpur.
"Pihak kami berterima kasih kepada akhbar Kosmo! kerana menyiarkan berita ini dan tentunya KDN akan memberi respons kepada fenomena yang berlaku itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Beliau mengulas laporan muka depan Kosmo! semalam mengenai masalah yang dihadapi kira-kira 40 peniaga di kawasan Segambut ekoran ancaman penjenayah sejak dua bulan lalu sehingga memaksa mereka berniaga dalam keadaan pintu premis tertutup.
Pada masa yang sama, beliau juga menasihatkan peniaga di kawasan itu supaya bekerjasama dengan pihak polis dan PBT untuk membendung jenayah.
Saranan yang sama turut dikemukakan oleh Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Tan Sri Lee Lam Thye yang berkata, komuniti setempat juga perlu memainkan peranan membendung jenayah.
"Urusan menangani jenayah adalah tugas polis. Namun penduduk juga perlu bekerjasama menyelesaikan masalah," ujarnya.
Setiausaha Parti Gerakan Wilayah Persekutuan, Wong Ruen Yuan pula berkata, pihaknya sedang menyediakan laporan terperinci masalah jenayah di sekitar Segambut untuk tindakan pihak polis.
"Masalah di Taman City ini turut dialami di kawasan lain di Segambut termasuk kawasan-kawasan perumahan," katanya.
Menurutnya, laporan itu akan dihantar kepada Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, tinjauan semula Kosmo! di kawasan tersebut semalam mendapati masih ada peniaga yang menutup pintu jeriji kedai bagi mengelak disamun.
Peniaga alat ganti kenderaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Meng, 42, berkata, dia terpaksa berwaspada sepanjang masa selepas disamun tiga tahun lalu.
"Kedai saya pernah disamun tiga tahun lalu yang mana tiga lelaki bersenjatakan pedang samurai melarikan wang tunai dan barangan bernilai lebih RM10,000.
"Kami berharap pihak polis dapat mencegah jenayah dengan mengadakan rondaan lebih kerap di kawasan ini," ujarnya.
Penyelia kedai alat ganti, Fun Swee Keong, 27, pula berkata, walaupun kedainya tidak pernah disamun, tahap keselamatan yang kurang memuaskan di kawasan tersebut diakui membimbangkan.
"Kami juga sering bimbang dan ragu-ragu sama ada orang yang datang itu benar-benar pelanggan atau penjenayah," katanya yang membayar RM250 sebulan untuk mendapatkan khidmat pengawal keselamatan berkelompok.
Pekerja kedai alat ganti kenderaan, Lai Wai Lek, 28, memberitahu, mereka sebelum ini pernah berniaga dengan pintu separuh tertutup ekoran risau disamun penjenayah.
"Pekerja kedai kami tak ramai, biasanya kalau kedai-kedai lain sudah tutup, kami juga ikut tutup sekali takut berlaku kejadian tidak diingini,
Sumber : kosmo

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...