Top Blogs

Wednesday, July 25, 2012

Home » Warga emas, rakan ditangkap curi lembu di Besut

Warga emas, rakan ditangkap curi lembu di Besut

download (2)

BESUT -

Dua lelaki, seorang daripadanya warga emas, ditangkap semalam kerana disyaki mencuri beberapa ekor lembu di sekitar daerah Besut sejak dua bulan lalu……

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata lelaki berumur 60 dan 27 tahun yang merupakan sahabat baik itu, ditahan oleh sepasukan polis di rumah mereka di Kuala Besut setelah mendapat maklumat daripada orang awam.
Katanya turut dijumpai ialah seekor lembu yang ditambat oleh kedua-dua suspek di sebatang pokok di dalam semak berhampiran rumah mereka.
"Mereka mengakui telah mencuri lima ekor lembu dalam tempoh dua bulan lalu untuk dijual," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurutnya, siasatan lanjut terhadap lelaki yang ditahan mendapati kegiatan mencuri lembu itu dilakukan oleh suspek yang berumur 27 tahun dengan menggunakan kenderaan manakala lelaki warga emas itu pula bertindak sebagai orang tengah, mencari pembeli.

Sumber ; Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...