Top Blogs

Sunday, July 29, 2012

Home » Robin Hood' Malaysia hampa

Robin Hood' Malaysia hampa

su_02.1

Skuad memanah yang memasang impian tinggi untuk mencari sekurang-kurangnya pingat tanpa mengira warna, bagaimanapun menamatkan cabaran di Sukan Olimpik London dengan lebih awal bila tewas kepada Mexico dalam acara recurve berpasukan lelaki di Lapang Memanah Lord's Cricket Ground, …

Kegagalan meneruskan kemaraan ke suku akhir, sekali gus meninggalkan harapan kita kini kepada acara individu yang akan memulakan kempennya, Isnin ini.

Malaysia, yang menghuni ranking ke-11 dunia membariskan pemanah senior, Cheng Chu Sian berganding dengan dua muka baru, Haziq Kamaruddin dan Khairul Anuar Mohamad. Pasukan negara ditunjukkan jalan keluar oleh Mexico selepas sekadar mencatat 211 markah berbalas 216.

Lawan skuad negara yang menduduki ranking ke-14 dunia dan tidak pernah bertembung sebelum ini menempah pertemuan dengan Perancis yang mendapat bye dalam penentuan ranking pada babak suku akhir, hari ini.

Keputusan semalam sekali gus mengulangi sejarah pulang dengan tangan kosong di Temasya Beijing 2008, malah pencapaian pada kali ini boleh dianggap lebih teruk jika dibandingkan di Tembok Besar China yang mana skuad negara ketika itu diwakili Chu Sian, Muhd. Marbawi Sulaiman dan Wan Khalmizan Wan Abd. Aziz mampu bertahan pada suku akhir selepas tewas kepada Itali 213- 218.

Dalam pada itu, Chu Sian yang ditemui berkata, mereka cuba bangkit pada tiga percubaan terakhir tetapi sudah terlambat untuk memintas kedudukan mata Mexico.

Sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...