Top Blogs

Thursday, July 26, 2012

Home » , » Video - Nenek dibuli dapat sumbangan RM2.21 juta

Video - Nenek dibuli dapat sumbangan RM2.21 juta

du_05.1 (1)
Laman Indiegogo di internet berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak AS$703,873 (RM2.21 juta) dalam tempoh sebulan untuk diberikan kepada seorang nenek, Karen Klein yang dibuli sekumpulan budak sekolah.
Kempen mengumpulkan derma itu dimulakan oleh seorang lelaki dari Toronto, Kanada, Max Sidorov, 25, di laman tersebut.....
.

Pada satu temu ramah bulan lalu dengan saluran ABC News, Sidorov berkata, dia pernah dibuli.
"Saya tahu perasaan dibuli dan sepatutnya tiada ada sesiapa pun yang perlu melaluinya," katanya.
Pengumpulan derma itu berakhir pada Jumaat lalu.
Pada mulanya, sasaran wang yang mahu dikumpulkan ialah sebanyak AS$5,000 (RM15,747) bagi membiayai percutian Klein yang berusia 68 tahun.
Seorang jurucakap laman itu menyatakan lebih 32,000 orang memberi sumbangan.
Menurutnya, sumbangan tersebut datang dari 84 buah negara.
Derma itu dilakukan selepas sekumpulan budak sekolah berusia 12 dan 13 tahun memuat naik video di laman Facebook dan YouTube pada bulan lalu.
Video yang dirakamkan menerusi telefon bimbit itu menunjukkan Klein cuba untuk tidak mempedulikan ejekan dan kata-kata kesat yang dilemparkan kumpulan budak sekolah tersebut berhubung berat badannya di dalam sebuah bas sekolah.
Budak tersebut merupakan pelajar Sekolah Tinggi Greece Athena di sini.
Klein yang berkhidmat sebagai pemantau keselamatan pelajar dalam bas sekolah menyatakan dia amat menghargai sumbangan tersebut.
Sumber : kosmo

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...