Top Blogs

Wednesday, July 25, 2012

Home » , » Mengaku tetak ibu hingga parah

Mengaku tetak ibu hingga parah

image (3)
KUALA TERENGGANU
Seorang anak mengaku menetak kepala ibu kandungnya dengan sebilah parang sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi…..

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Tertuduh, Mohd Sufian Ahmad, 32, mengaku, melakukan kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata tajam kepada ibunya, Meriam Embong, 66.
Bagaimanapun, Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris mengarahkan Mohd Sufian yang memiliki rekod pesakit mental sebelum ini dihantar menerima rawatan mental di Hospital Tampoi sehingga menunggu tarikh sebutan semula pada 29 Ogos depan.
Mohd Sufian mengaku dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan parah terhadap ibunya di tanah lapang di Kampung Bukit Bayas, Padang Nanas, Mengabang Telipot,i, pada 13 Julai lalu antara jam 3 petang dengan menggunakan sebilah parang.
anak kepada warga emas malang itu mengalami masalah mental dan memiliki kad rawatan pesakit mental.
Kejadian dipercayai berpunca selepas dia kehabisan ubat penenang memandangkan dia kini masih bergantung pada ubat.
Sumber : sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...