Top Blogs

Thursday, July 26, 2012

Home » , » Cinta monyet - Pelajar tikam gadis selepas bertengkar

Cinta monyet - Pelajar tikam gadis selepas bertengkar

images (52)

KUALA LUMPUR 25 Julai

- Hanya disebabkan pertelingkahan dalam 'cinta monyet', seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun sanggup menikam seorang gadis selepas mereka berdua bertengkar…..

di sebuah pangsapuri di Taman Datuk Senu di sini Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada pukul 3.50 petang itu, suspek bersama dua lagi rakan lelakinya pergi berjumpa dengan gadis tersebut yang merupakan rakan sekolah mereka.

Namun ketika pertemuan itu, mereka dipercayai bertengkar lalu suspek bertindak menikam mangsa dengan pisau di bahagian perut, pinggang dan belakang mangsa.

Mangsa yang cedera parah dihantar oleh orang ramai ke Hospital Kuala Lumpur dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Sumber : utusan

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...