Top Blogs

Saturday, July 28, 2012

Home » , » 5 beranak huni rumah usang

5 beranak huni rumah usang

image (4)

BALING -

Lima beranak di Kampung Tanjung Nering terpaksa menjadikan rumah usang sebagai tempat tinggal mereka sejak tiga tahun lalu…….

Keadaan kewangan yang tidak menentu mengakibatkan keluarga terbabit tidak mempunyai pilihan lain melainkan menetap di rumah tersebut.
Yusof Maidin, 38, bersama isteri, Siti Nora Isa, 32, serta tiga anak mereka terpaksa melalui detik sukar apabila keadaan rumahnya yang jauh berbeza dengan rumah orang lain.
Menurutnya, keadaan rumah yang bocor memberikan kesan kepada kehidupannya dan keluarga terutama ketika sambutan Ramadan ini.
“Setiap kali hujan, saya terpaksa meletakkan baldi bagi mengelakkan air hujan membasahi lantai rumah.
"Sekiranya hujan lebat, saya terpaksa berjaga malam untuk menukar baldi tersebut dari melimpah ke lantai rumah,” katanya kepada Sinar Harian.
Yusof yang bekerja sebagai penoreh getah itu berkata, pendapatannya tidak seberapa untuk berpindah ke rumah lain, mahupun membaiki kediamannya itu.
“Wang menoreh getah hanya cukup untuk kos sara hidup. Lagipun, harga getah sekarang semakin menjunam berbanding dulu,” katanya.
Katanya, walaupun keadaan kehidupannya daif, dia tetap bersyukur kerana dia dan keluarganya belum berlapar setakat ini.
“Saya bersyukur kerana masih lagi mampu meneruskan kehidupan walaupun keadaan hidup yang serba kekurangan.  Anak-anak tidak pernah merungut mengenai soal makanan. Apa yang ada, itulah yang mereka makan

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...